Sega

Sega Corporation
Nama asli株式会社セガ
Nama rumiKabushiki Kaisha Sega
Nama dahulu
  • Service Games

( Tahun 1951 (1951) )

  • Nihon Goraku Bussan Company Limited

( Tahun 1960 (1960) )

  • Sega Enterprise Limited

( Tahun 1965 (1965) )

  • Sega Corporation
( Tahun 2000 (2000) )
Jenis/bentuk sahKabushiki Kaisha
Industri
Ditubuhkan03 Jun 1960 (1960-06-03)
( sebagai Nihon Goraku Bussan )
Ibu pejabatSumitomo Fudosan Osaki Garden Tower, Nishihinagawa, Shinagawa, Tokyo, Jepun
Tokoh penting
  • Pengerusi : Satomi Hajime
  • CEO : Satomi Haruki
  • COO : Sugino Yukio
Keluaran
Jenama
PemilikSega Sammy Holdings, Gulf+Western, SCSK Corporation 
Bilangan kakitangan3,238 (30 September 2020)
Syarikat indukSega Sammy Holdings Incorporated
Pembahagian
  • Sega Amusement
  • Sega Consumer
    • Sega AM2
    • Sonic Team
Anak syarikat
  • Amplitude Studios SAS
  • Atlus
  • Dartslive
  • Hive Creation
  • Liverpool
  • Marza Animation Planet
  • Play Heart
  • Relic Entertainment Incorporated
  • Sega XD
  • Sega Logistics Service
  • Sega Toys
  • Sports Interactive Limited
  • Telecom Animation Film Company Limited
  • The Creative Assembly Limited
  • TMS Entertainment Company Limited
  • TMS Jinnis
  • TMS Photo
  • TMS Music
  • Two Point Studios Limited
Tapak webhttps://www.sega.co.jp
Catatan kaki/rujukan
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Sega Corporation (株式会社セガ, Kabushiki gaisha Sega) ialah sebuah syarikat perbadanan multinasional dalam Industri hiburan, media, sukan dan teknologi maklumat yang berasal dari Jepun dan anak syarikat kepada Sega Sammy Holdings Incorporated. Ia beribu pejabat di Shinagawa, Tokyo. Syarikat ini membangunkan, mengilang, melesenkan dan menyokong beraneka keluaran dengan harta intelek yang dimilikinya untuk pembangunan pelbagai media termasuk anime, musik, permainan, permainan arked, permainan video.

Syarikat ini juga merupakan sebuah syarikat dalam industri dan pengeluar sukan damak, taman hiburan, bekas pengeluar konsol permainan video. Ia menpunyai kejayaan pada kedua-dua permainan arked dan konsol rumah, namun pada 24 Januari 2001, secara rasminya meninggalkan perusahaan konsol pengguna dan mula menumpu pada pembangunan perisian untuk berbilang pelantar.

Sega asalnya ditubuhkan dua orang peniaga Amerika Syarikat, Martin Bromley dan Richard Stewart: Bromley, Irving Bromberg and James Humpert dahulunya menubuhkan syarikat Service Games ("Permainan Khidmat") mengkhusus kepada mesin slot dan arked untuk hiburan para askar tentera yang semakin banyak berpangkalan di Honolulu, Hawaii dengan meletusnya Perang Dunia Kedua. Bormely kemudiannya menyebarkan cawangan mereka di Jepun melalui dua orang pekerjanya Richard Stewart dan Ray LeMaire di Tokyo. Bromely dan Stewart mengasaskan syarikat duluan Nihon Goraku Bussan (日本娯楽物産株式会社, Syarikat Saham Barangan Hiburan Jepun) yang mengambil alih aset-aset cawangan syarikat Service Games di Jepun yakni pada 3 Jun 1960.