Satar

Satar
Satar dimasak di atas panggangan.
JenisHidangan ikan 
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauKemaman, Terengganu
Dicipta olehMelayu
Bahan utamaKelapa, ikan
sunting ยท sunting di Wikidata

Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan daging ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.

Teksturnya seperti otak-otak iaitu salah satu kek ikan Malaysia.

Jangan terkeliru satar dengan sate, iaitu satu hidangan yang popular di Malaysia juga.