Saksang

Saksang
Saksang
JenisSantapan 
Jenis sajianLauk
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauSumatera Utara
Dicipta olehEtnik Batak
Suhu penghidanganDisajikan bersama sayur daun ubi kayu ditumbuk. (Daun ubi tumbuk)
Bahan utamaDaging babi (atau kerbau, anjing) dimasak dalam darah.
Bahan yang biasa digunakanDaging babi, garam, flavour enhancer, coriander seed, kelapa parut, red onion, cili, bawang putih, Serai makan, ginger, Alpinia officinarum, Daun salam, Limau nipis, kunyit, Andaliman 
sunting ยท sunting di Wikidata

Saksang atau sangsang adalah makanan khas etnik Batak yang terbuat dari daging babi, daging anjing atau kerbau yang dicincang kecil dan dibubuhi dengan rempah-rempah dan santan, serta dimasak baik dengan menggunakan darah hasil sembelihan haiwan tersebut (margota) ataupun rempah biasa tanpa darah (na so margota). Rempah yang ada dalam saksang antaranya limau purut, daun salam, ketumbar, bawang merah, bawang putih, cili, lada hitam, serai, halia, lengkuas, kunyit dan andaliman.

Makanan ini mengandungi daging babi atau daging anjing serta darah, maka hidangan ini tidak halal dalam ajaran Islam atau ajaran agama yang tidak memperbolehkan memakan daging babi, daging anjing serta darah. Biasanya dalam majlis akad nikah adat Batak, tetamu undangan yang beragama Islam akan dipisahkan sajian hidangan dan bufet hidangan khas etnik Batak ini.