Saint Pierre dan Miquelon
Collectivité territoriale de Saint-Pierre-et-Miquelon | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| |||||
| Cogan kata: A Mare Labor (Latin) "Dari Laut, Kerja" | |||||
| Lagu kebangsaan: La Marseillaise | |||||
| Ibu negara dan bandar terbesar | Saint-Pierre | ||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Perancis | ||||
| Kerajaan | Wilayah tangungan | ||||
| Nicolas Sarkozy | |||||
• Presiden Majlis Wilayah]] | Stéphane Artano | ||||
• Pengawas | Yves Fauqueur | ||||
| Overseas collectivity | |||||
• Diserahkan oleh UK† | 30 Mei 1814 | ||||
| 27 Oktober 1946 | |||||
• Jabatan luar negara | 17 Julai 1976 | ||||
• Territorial collectivity | 11 Jun 1985 | ||||
• Overseas collectivity | 28 Mac 2003 | ||||
| Keluasan | |||||
• Jumlah | 242 km2 (93 bt2) (ke-208) | ||||
| sedikit sahaja | |||||
| Populasi | |||||
• Bancian Penduduk Januari 2006 | 6,125 | ||||
| 25/km2 (64.7/sq mi) (ke-176) | |||||
| KDNK (PPP) | 2003 | ||||
• Jumlah | $48.3 juta (ke-226) | ||||
| $6,874 (tidak diukur) | |||||
| Mata wang | Euro (€) ( EUR) | ||||
| Zon waktu | UTC-3 (PMST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC-2 (PMDT) | ||||
| Kod panggilan | 508 | ||||
| Kod ISO 3166 | PM | ||||
| DPT internet | .pm | ||||
† Perjanjian Paris (1814). | |||||
Saint-Pierre dan Miquelon merupakan kepulauan Perancis yang terletak di utara Lautan Atlantik, 25 km di selatan Pulau Newfoundland, Kanada. Dahulunya ia merupakan jabatan seberang laut kemudian kumpulan wilayah berstatus khas. Sekarang ia merupakan kelompok seberang laut (collectivité d'outre-mer dalam bahasa Perancis).
Kepulauan ini terdiri daripada tiga pulau utama : Saint-Pierre, yang terkecil tetapi menempatkan 90 % daripada jumlah penduduk kepulauan, Miquelon, dan Langlade, di mana kedua-dua pulau tersebut dihubungi oleh tanah genting pasir sejak abad ke-17. Saint-Pierre dan Miquelon juga terdiri daripada beberapa pulau kecil yang tidak diduduki manusia.
Bersama Guadeloupe, Martinique, Guiana Perancis, Saint-Martin, Saint-Barthélemy dan Clipperton, Saint-Pierre dan Miquelon merupakan salah satu daripada tujuh wilayah Perancis di Amerika dan satu-satunya di Amerika Utara, kesan peninggalan empayar penjajahan Perancis Baru.
Dahulunya Saint-Pierre dan Miquelon dinamakan Isle Sainct Pierre oleh Jacques Cartier ketika dia singgah pada bulan Jun 1536. Sebelum itu, pelayar Portugis José Álvarez Faguendes telah singgah di kepulauan tersebut pada 1520 dan menamakannya “kepulauan sebelas ribu anak dara”. Kepulauan ini telah jatuh ke tangan pihak Inggeris dan pihak Perancis berulang kali sebelum menjadi hak milik muktamad Perancis pada 1815.