Nicolas Sarkozy
Nicolas Sarkozy | |
|---|---|
| Dalam jawatan 16 Mei 2007 – 15 Mei 2012 | |
| Presiden | Jacques Chirac |
| Didahului oleh | Jacques Chirac |
| Digantikan oleh | François Hollande |
| Dalam jawatan 7 Mei 2002 – 31 Mac 2004 31 Mei 2005–26 Mac 2007 | |
| Didahului oleh | Daniel Vaillant Dominique de Villepin |
| Digantikan oleh | Dominique de Villepin François Baroin |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 28 Januari 1955 Paris, Perancis |
| Parti politik | UMP, LR |
| Pasangan | (1) Marie-Dominique Culioli k. 1982, c. 1996 (2) Cécilia Ciganer-Albeniz k. 1996, c. 2008 (3) Carla Bruni k. 2008 |
Nicolas Sarkozy (IPA: [nikɔla saʁkɔzi] — ⓘ) ialah Presiden Republik Kelima Perancis ke-6. Beliau adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan ahli parti Union pour un mouvement populaire (UMP). Pada 6 Mei 2007, Sarkozy dipilih menjadi Presiden setelah menewaskan calon Parti Sosialis, Segolene Royal dalam pilihan raya presiden. Beliau menggantikan Jacques Chirac.
Sarkozy terkenal dengan pendirian konservatif mengenai isu-isu undang-undang dan pujiannya terhadap model ekonomi baru bagi Perancis, dengan cadangan bahawa negara tersebut sepatutnya mempunyai ekonomi yang lebih bebas, berdasarkan contoh-contoh Amerika Syarikat dan United Kingdom. Beliau sering digelar Sarko oleh penyokong dan pembangkangnya.
Setelah menjadi Presiden, Sarkozy telah melantik François Fillon sebagai Perdana Menteri Perancis.
Pada 6 Mei 2012, tempoh jawatan Sarkozy sebagai presiden menemui noktah apabila beliau kalah dalam pilihan raya 2012 kepada François Hollande pada beza undian 3.2%.
Pada 1 Mac 2021, Sarkozy dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan rasuah. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tempoh hukuman penjara selama dua tahun digantung dan bakinya dikenakan tahanan di rumah.