SMS Schleswig-Holstein
Schleswig-Holstein pada akhir 1930an.
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Jerman | |
| Nama: | Schleswig-Holstein |
| Bersempena dengan: | Schleswig-Holstein |
| Dipesan: | 11 Jun 1904 |
| Pembina: | Germaniawerft, Kiel |
| Dibaringkan: | 18 Ogos 1905 |
| Dilancarkan: | 17 Disember 1906 |
| Ditauliah: | 6 Julai 1908 |
| Ditauliah semula: | 31 Januari 1926 |
| Dibersarakan: | 2 Mei 1917 |
| Takdir: | Tenggelam oleh bom 1944; dilubangkan 21 Mac 1945; diangkat naik dan didamparkan untuk kegunaan jangka panjang sebagai sasaran 1948; masih kekal wujud. |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | kapal tempur pra-dreadnought kelas Deutschland |
| Sesaran: |
|
| Panjang: | 127.60 m (418 ka 8 in) |
| Lunas: | 22.20 m (72 ka 10 in) |
| Draft: | 8.21 m (26 ka 11 in) |
| Installed power: |
|
| Jana kuasa: |
|
| Halaju: | 19.1 knot (35.4 km/j; 22.0 mph) |
| Jarak: | 5,720 nmi (10,590 km; 6,580 bt) at 10 knot (19 km/j; 12 mph) |
| Anak kapal: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: | |
| Service record | |
|---|---|
| Komander: |
|
SMS Schleswig-Holstein (disebut [ˈʃleːsvɪç ˈhɔlʃtaɪn]) merupakan yang terakhir dari lima kapal tempur kelas Deutschland yang dibina oleh Kaiserliche Marine Jerman. Kapal ini, dinamakan sempena negeri Schleswig-Holstein, mula dibina di limbungan Germaniawerft di Kiel pada Ogos 1905 dan ditauliahkan kedalam armada hampir tiga tahun kemudian. Kapal-kapal kelasnya sudah ketinggalan zaman pada saat mereka memasuki perkhidmatan, lebih rendah dari segi saiz, perisai, kuasa tembakan dan kelajuan berbanding dengan generasi baru kapal tempur dreadnought.
Schleswig-Holstein berjuang dikedua-dua Perang Dunia. Semasa Perang Dunia I, ia bertugas di barisan depan dalam Skuadron Tempur II Armada Laut Lepas, memuncak di Pertempuran Jutland pada 31 Mei – 1 Jun 1916. Schleswig-Holstein berperang dalam pertempuran itu, dan terkena satu tembakan meriam berkaliber besar. Selepas pertempuran tamat, Schleswig-Holstein ditugaskan mengawal kawasan muara Sungai Elbe sebelum dilucutkan tauliah pada akhir tahun 1917. Selaku salah satu dari beberapa buah kapal tempur yang dibenarkan oleh syarat-syarat Persetiaan Versailles untuk Jerman, Schleswig-Holstein sekali lagi dimasukkan kedalam pasukan armada pada tahun 1920an. Pada tahun 1935, kapal tempur lama ini diubah menjadi kapal latihan bagi kadet laut.
Schleswig-Holstein melepaskan tembakan pertama Perang Dunia II ketika ia mengebom pangkalan Poland di Danzig Westerplatte pada awal pagi 1 September 1939. Kapal ini digunakan sebagai kapal latihan di sepanjang peperangan, dan telah ditenggelamkan oleh pengebom British di Gotenhafen pada Disember 1944. Schleswig-Holstein kemudian diselamatkan dan didamparkan ke pantai untuk digunakan oleh Tentera Laut Soviet sebagai bahan sasaran. Pada tahun 1990, loceng kapal telah dipamerkan pada Muzium Sejarah Ketenteraan Bundeswehr di Dresden.