Kawasan Undi Perseorangan Chua Chu Kang
1°23′06″N 103°44′44″E / 1.3850021561642407°N 103.74548052057587°E
| Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
| Wilayah | Barat laut Singapura |
| Pengundi | 27,252 (sebelum dimansuh pada 24 Februari 2011) |
| Kawasan undi tidak beroperasi | |
| Dibentuk | 1959 |
| Dimansuh | 24 Februari 2011 |
| Kerusi | 1 |
| Parti | Parti Tindakan Rakyat |
| Wakil | Gan Kim Yong (untuk Parlimen 2006-11) |
| Majlis Bandaran | Hong Kah |
| Digantikan dengan | GRC CCK |
| Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Bukit Panjang |
Kawasan Undi Perseorangan Chua Chu Kang (CCK) adalah sebuah kawasan undi perseorangan (SMC) yang terletak di bahagian Barat laut negara Singapura. Kawasan ini merangkumi Bandar Baru Choa Chu Kang. Kawasan ini adalah salah satu kawasan undi tertua Singapura yang terbentuk sejak 1959, dengan memisahkan sebahagian tempat dari Kawasan Undi Bukit Panjang, dan berubah bentuk menjadi kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC) menjelang pilihan raya 2011. Pada pilihan raya umum Singapura 2011, kawasan ini dan GRC Hong Kah dibubarkan bagi membentuk GRC Chua Chu Kang.
Di sepanjang sejarah kehadiran SMC ini, Parti Tindakan Rakyat selalu memenangkan perolehan kerusi kecuali pada pilihan raya 1963 apabila Barisan Sosialis berhasil merebut kerusi kawasan undi dan bertahan hingga pilihan raya kecil Singapura 1966.