SAM: Saya Amat Mencintaimu

SAM
Poster keluaran tayangan
PengarahSyafiq Yusof
Penulis
  • Syafiq Yusof
  • Salleh Mokhti
Lakon layarSyafiq Yusof
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Sinematografi
  • Azami Alias
  • Omar Ismail
Disunting olehSyafiq Yusof
Syarikat
penerbitan
E.MAS
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 19 Ogos 2012 (2012-08-19) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.9 juta
Pecah panggungRM 1.4 juta

SAM: Saya Amat Mencintaimu ialah sebuah filem romantik misteri ngeri psikologi Malaysia 2012 arahan Syafiq Yusof. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jazmin.

Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Ia juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book Of Records. SAM ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.