S. Vijayaratnam
S. Vijayaratnam | |
|---|---|
| Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 Jun 1950 Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 3 November 2008 (umur 58) Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Pasangan | Datin Anucia Tharumaratnam |
| Pertalian | S. Seeveratnam (bapa), Vejayaletchumy Seeveratnam (ibu) & S. Jothiratnam (adik) |
| Anak | Ashta, Ayra, Seeralan dan Ahalya |
| Bidang pengkhususan | Doktor perubatan |
Yang Berbahagia Datuk Dr. S. Vijayaratnam (12 Jun 1950 - 3 November 2008) merupakan doktor dan ahli politik Malaysia berbangsa India (Tamil). Beliau merupakan Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan merupakan pemimpin bukan Cina tertinggi dalam parti Gerakan. Beliau memang berasal dari keluarga politik. Bapanya adalah Ahli Parlimen Seremban Barat manakala mendiang pakciknya, S. Rajaratnam merupakan Menteri Luar Singapura. Pada 3 November 2008, beliau mati akibat jatuh dari bumbung klinik beliau di Seremban.