Ruslan Mamat

Ruslan Mamat
Juga dikenali
sebagai
  • Lan Mamat
  • Roslan Mamat
  • Amar
  • Amar Makruf
  • Amirul
  • Fitri
  • Nabila
  • Nabilah
  • Nadirah
Kelahiran1961
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
Meninggal dunia19 November 2020 (umur 59)
Serdang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPemuzik, komposer, penerbit rakaman
Tahun aktif1981–2020
sunting · sunting di Wikidata

Ruslan Mamat (1961 – 19 November 2020) merupakan seorang komposer, konduktor muzik dan penerbit rakaman Malaysia yang berprolifik sebagai komposer dan penggubah lagu dangdut.

Sebelum menceburi bidang muzik, Ruslan memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan dan penyunting di Karangkraf untuk beberapa majalah termasuk Watan, Bacaria dan Media Hiburan. Sepanjang kerjayanya sebagai komposer, beliau menggunakan nama anak keduanya, Nabila dalam setiap hasil karya nukilannya. Lagu-lagu hasil karyanya telah dipersembahkan oleh ramai penyanyi terkenal termasuk Amelina, Haiza, Mas Idayu, Eva, Ifa Raziah dan Ani Maiyuni.

Ruslan dimasukkan ke Hospital Serdang pada 5 Oktober 2020, namun keadaan kesihatannya mula merosot beberapa minggu kemudian. Beliau meninggal dunia semasa tidur pada Khamis, 19 November akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah jantung dan paru-paru berair pada usia 59 tahun.