Rimbayu

Bandar Rimbayu

Rimbayu (Jawi:ريمبايو) ialah sebuah pembangunan perbandaran yang besar dan bersebelahan dengan kawasan Telok Panglima Garang, di Selangor yang diwujudkan oleh IJM Land, sebuah kawasan kediaman, komersial, dan rekreasi yang meluas di Shah Alam, Selangor, yang direka untuk mengintegrasikan kehidupan dengan alam semula jadi serta, nama 'Rimbayu' merupakan kombinasi dua perkataan iaitu 'Rimba' dan 'Bayu'. Dengan keluasan 1,879 ekar, ia menawarkan pelbagai jenis rumah seperti rumah kediaman dua tingkat, rumah konsep fleksibel, dan kawasan komersial yang tertumpu di Uptown @Rimbayu, menjadikannya kawasan yang berdikari dan mesra alam. Kawasan ini terbahagi kepada beberapa zon/presint, iaitu Flora, Fauna, Bayu and Hab Komersial (Commercial Hub). Rimbayu mempunyai sambungan lebuh raya yang sangat baik, dengan akses ke lebuhraya seperti Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Rimbayu
Perbandaran
Bandar Rimbayu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiريمبايو
 • Bahasa Cina林巴尤市 (Lín bā yóu shì)
 • Bahasa Tamilரிம்பாயு நகரம் (Rimpāyu nakaram)
Jalan raya di Bandar Rimbayu
Etimologi: Gabungan perkataan 'Rimba' dan 'Bayu'
Rimbayu
Rimbayu (Selangor)
Rimbayu
Rimbayu (Semenanjung Malaysia)
Rimbayu
Rimbayu (Malaysia)
Koordinat: 2.934126°N 101.539507°E
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Daerah Kuala Langat
MukimTanjong Duabelas (I)
Ditubuhkan2013
Diasaskan olehIJM Land
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Kuala Langat
Keluasan
 • Jumlah7.6 km2 (2.9 batu persegi)
Penduduk
 (lewat 2024)
 • Jumlah20,000 (anggaran)
Zon waktuWPM
Poskod
42500
Laman sesawangBandar Rimbayu | IJM Land
Lokasi Bandar Rimbayu di Peta Google

Juga, terdapat bandar-bandar yang terdekat di Rimbayu seperti Eco Santuari, Tropicana Aman, Twentyfive.7, Kampong Jalan Kebun, Kampung Lombong dan Bandar Saujana Putra. Serta, pasar raya besar iaitu Lotus's terletak di Rimbayu. Stesen minyak Shell dan Caltex juga terletak di Rimbayu.