Bandar Saujana Putra

Latar Belakang

Sebuah perbandaran yang serba lengkap, Bandar Saujana Putra atau dikenali sebagai BSP terletak di lokasi yang berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Rimbayu dan Banting. Bandar Saujana Putra adalah merupakan model kehidupan masyarakat dengan rumah-rumah yang berkualiti dengan harga berpatutan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sekolah, kedai, balai polis, taman-taman, masjid dan hospital. Sebelum ini, BSP merupakan sebuah lombong dan juga tanah hutan berpaya. Tempat ini diasaskan pada tahun 2003 oleh LBS Bina Berhad dan pendudukan BSP bermula pada tahun 2006. Nama sebelum bagi Bandar Saujana Putra adalah Mukim Tanjong Duabelas dan ia terletak di bawah pentadbiran Zon 7 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Bandar Saujana Putra
BSP
Perbandaran
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiباندر ساوجان ڤوترا
 • Bahasa Cina绍嘉娜太子城 (Shào Jiā Nà Tài Zǐ Chéng)
 • Bahasa Tamilசௌஜனா புத்ரா நகரம் (Caujaṉā putrā nakaram)
 • Bahasa Benggaliসৌজানা পুত্র শহর (Saujānā putra śahara)
Jalan di kawasan Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra (Selangor)
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra (Semenanjung Malaysia)
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra (Malaysia)
Koordinat: 2.946984°N 101.579676°E
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Daerah Kuala Langat
MukimTanjong Duabelas (I)
Ditubuhkan2003
Diasaskan olehLBS Bina Berhad
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Kuala Langat
Keluasan
 • Jumlah3.4 km2 (1.3 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah30,000 (anggaran)
Zon waktuWPM
Poskod
42610
Laman sesawanghttps://www.mpkl.gov.my
Lokasi Bandar Saujana Putra di Peta Google

Setakat ini, lebih daripada 6,000 unit kediaman dan komersial telah siap dan dijual dengan populasi perbandaran melebihi 30,000[1]. Diarkibkan 2018-01-02 di Wayback Machine.

Stesen minyak Petron dan Petronas terletak di sini. Stesen minyak Caltex akan berada di BSP pada masa hadapan.

Pada 21/9/2023, Masjid Bandar Saujana Putra telah dibuka secara umum kepada umat Islam di BSP.