Rihanna
Rihanna | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Robyn Rihanna Fenty |
| Juga dikenali sebagai | Robyn, Rihanna (mul) |
| Kelahiran | 20 Februari 1988 Saint Michael |
| Warganegara | Barbados |
| Genre | R&B, reggae, dancehall, pop, tarian pop, pop-rock |
| Pekerjaan | Penyanyi, ahli perniagaan, pelakon, pelakon televisyen, pereka fesyen dan pelakon suara |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2005 |
| Diskografi | Lihat: Rihanna discography (en) |
| Syarikat rakaman | Def Jam Recordings (mul) Westbury Road Entertainment (en) Roc Nation (mul) |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Pasangan/bekas pasangan | A$AP Rocky (2020–) Hassan Jameel (–2020) |
| Anak | RZA Athelston Mayers (mul) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | rihanna.com |
| Pautan lain | |
| Tandatangan | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Robyn Rihanna Fenty NH (lahir di Saint Michael, Barbados, 20 Februari 1988; umur 37 tahun) atau lebih dikenal dengan nama pentas Rihanna (disebut /riˈɑːnə/ ree-AH-nə atau /riˈænə/ ree-AN-ə), juga bisa dipanggil secara sederhana dengan sebutan Riri adalah seorang penyanyi R&B asal Barbados. Lahir di Saint Michael, Barbados, Rihanna pindah ke Amerika Syarikat pada usia 16 untuk mengejar karier rekaman di bawah bimbingan produser rakaman Evan Rogers. Dia kemudian menandatangani kontrak dengan Def Jam Recordings setelah audisi untuk kemudian disetujui oleh pimpinan Def Jam iaitu Jay-Z.
Pada 2005, beliau telah mengeluarkan album studio pertamanya yang bertajuk Music of the Sun, yang mencapai kedudukan 10 teratas di tangga album Billboard 200 dan single utama yang berjudul "Pon de Replay" di tangga lagu Billboard Hot 100. Kurang dari setahun kemudian, beliau mengeluarkan album kedua yang berjudul A Girl Like Me (2006), yang memuncak dalam Top 5 di tangga album Billboard, dan single utamanya "SOS", menjadi nombor satu pada Hot 100 pertamanya. Album studio ketiga Rihanna iaitu Good Girl Gone Bad (2007), yang memunculkan empat single terbaiknya iaitu "Umbrella", "Take a Bow", "Disturbia" dan "Don't Stop the Music", dan masuk sembilan pencalonan pada acara penghargaan Grammy Awards, memenangkan Best Rap/Sung Collaboration untuk "Umbrella," yang dinyanyikan bersama Jay-Z. Album studio keempatnya iaitu Rated R, dirilis pada November 2009, dan menghasilkan singel pada urutan sepuluh besar, yaitu "Russian Roulette", "Hard" dan "Rude Boy", yang mencapai nomor satu di Billboard Hot 100. Loud (2010) merupakan album studio kelimanya, terdiri dari singel nombor satu iaitu "Only Girl (In the World)", "What's My Name?" dan "S&M".
Rihanna telah menjual lebih dari 20 juta album dan 60 juta singel yang membuat dia menjadi salah satu artis dengan penjualan musik terlaris sepanjang masa. Ia adalah artis paling muda sepanjang sejarah di tangga lagu Billboard yang mencapai sepuluh singel nomor satu pada Hot 100. Pada Maret 2010, Rihanna telah menjual sekitar 5,4 juta unit album dan lebih dari 33,7 juta singel digital di Amerika Serikat. Billboard dinamai Rihanna the Digital Songs Artist pada dekade 2000an, dan dia diperingkat ke-17 sebagai artis pada dekade 2000an. Ia telah menerima beberapa penghargaan, termasuk World Music Awards 2007 untuk Best-Selling Pop Female Artist dan Female Entertainer of the Year, dan Brit Awards 2011 untuk Best International Female Solo Artist (Penyanyi Solo Wanita Internasional terbaik). Ia juga menerima total empat penghargaan Grammy Awards, empat American Music Awards, dan delapan belas Billboard Music Awards. Rihanna juga dipilih sebagai duta resmi pemuda dan budaya Barbados.