Dancehall

Dancehall adalah suatu genre muzik pop yang khususnya dalam Jamaika. Ia dahulunya dikembangkan dalam kalangan masyarakat darjat bawahan dan buruh ibu kota Kingston lewat 1970-an ke 1980-an yang tidak berkemampuan terlibat dalam kegiatan bergaul di tempat-tempat mahal sebaliknya hanya mampu berhibur di "dewan tari" (dance hall) khas yang dilengkapi sistem siar raya yang murah kos (dan adakala senang menjana pendapatan seperti kedai-kedai jual arak) dan boleh mengolahkan muzik mengikut kehendak dan citarasa pengacara.

Lagu-lagu pertama dalam genre ini asalnya dari "melembutkan" unsur-unsur muzik reggae yang lazim masyhur serata negara pulau itu telah mendominasi sebahagian besar dekad 1970-an. Walau bagaimanapun, intipati senikatanya lebih lantang malah berbahasa kasar tajam terhadap masyarakat semasa dianggap terlalu sensitif untuk penyiaran radio milik kerajaan—lagu-lagu ini hanya mula diketahui ramai melalui persembahan langsung dan rakaman atas permintaan.

Genre ini mula tersebar seluruh dunia seiring masyhurnya Sean Paul dengan album "Dutty Rock"nya pada 2002.