Richard Stallman

Richard Matthew Stallman
Richard Stallman di DTU di Denmark 2007
Kelahiran (1953-03-16) 16 Mac 1953
Nama lainrms
PekerjaanPresiden Yayasan Perisian Bebas
Gerakan politikGerakan perisian bebas
Laman web rasmiwww.stallman.org
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

Richard Matthew Stallman (lahir 16 Mac 1953), juga disingkatkan kepada "rms", ialah seorang aktivis kebebasan perisian, penggodam (pengatur cara), dan pembangun perisian Amerika Syarikat. Pada September 1983, beliau melancarkan Projek GNU untuk mencipta sistem pengendalian ala Unix bebas, dan ialah pengurus dan arkitek utama. Dengan pelancaran Projek GNU, beliau membentuk gerakan perisian bebas dan, pada Oktober 1985, menubuhkan Yayasan Perisian Bebas.

Stallman mencipta konsep nyah hak cipta (copyleft) dan pengarang utama banyak lesen copyleft termasuklah Lesen Awam Am GNU, lesen perisian bebas yang banyak digunakan. Sejak pertengahan 1990-an, Stallman telah menggunakan banyak daripada masanya menyokong perisian bebas, dan menentang paten perisian dan apa yang beliau melihat sebagai undang-undang hak cipta yang berlebihan. Stallman telah juga memajukan perisian, termasuk Emacs asal, Koleksi Pengkompil GNU (GNU Compiler Collection), dan Penyahpepijat GNU (GNU Debugger). Beliau menubuhkan Liga Kebebasan Pengaturcaraan pada tahun 1989.