Emacs

Emacs
Pembuat asalRichard Stallman
PembangunProjek GNU
Pelancaran pertama1976
Versi terkini/stabil
170 (2001)
Ditulis dalamC, Emacs Lisp
Sistem pengendalianSaling platform, GNU
PelantarPDP-10DECSYSTEM-20
Tersedia dalamBahasa Inggeris
JenisKategori perisianpenyunting teks
GenrePenyunting teks
LesenGNU GPLv3
Pautan berkaitan
Tapak webwww.gnu.org/software/emacs
sunting ยท sunting di Wikidata

Emacs ialah sebuah famili penyunting teks yang mempunyai ciri istimewa yakni kebolehpanjangan. Satu manual memerikan perisian penyunting ini sebagai "satu penyunting tampilan masa sebenar yang boleh dipanjangkan, diubah suai, dan mendokumentasi diri." Pembangunan bermula pada pertengahan tahun 1970-an dan kekal aktifsetakat 2012. Emacs memiliki lebih daripada 2,000 perintah yang terbina dalam dan membolehkan penggunanya menggabung perintah-perintah ini ke dalam makro bagi menjalankan kerja secara automatik, khususnya dengan penggunaan Emacs Lisp, satu varian bahasa pengaturcaraan Lisp.

Emacs asal terdiri daripada satu set Editor MACroS buat penyunting TECO. Ia ditulis pada tahun 1976 oleh Richard Stallman. Stallman menulis Emacs mula-mulanya dengan Guy L. Steele, Jr., berilhamkan sepasang penyunting makro-TECO, TECMAC dan TMACS yang ditulis Steele, Dave Moon, Richard Greenblatt, Charles Frankston, dan lain-lain.

Emacs menjadi pesaing utama vi dalam "perang penyunting" yang wujud dalam budaya Unix. Dalam bahasa Inggeris, perkataan "emacs" dimajmukkan kepada emacsen sebagai analogi kepada boxen.

Versi Emacs yang paling popular dan paling banyak diport ialah GNU Emacs, perisian yang dibina Stallman bagi Projek GNU. Satu versi yang biasa digunakan juga ialah XEmacs, yang diserpihkan daripada GNU Emacs pada tahun 1991. Seperti GNU Emacs, XEmacs kekal serasi dengan dan masih menggunakan Emacs Lisp.