Reichsjugendführer

Ketua Belia Negara
Reichsjugendführer
Pelapik gorjet Reichsjugendführer
Panji-panji Reichsjugendführer
Parti Nazi
StatusDimansuhkan
SingkatanRJF
InstitusiBelia Hitler
Dilantik olehFührer NSDAP
Dibentuk1931
Pemegang pertamaBaldur von Schirach
Pemegang akhirArtur Axmann
Dimansuhkan1945
Timbalan/naib Stabsführer
sunting · sunting di Wikidata

Reichsjugendführer ("Ketua Belia Negara") ialah pangkat separa tentera tertinggi dalam organisasi Belia Hitler. Ia mula-mula telah disandang oleh Baldur von Schirach dan kemudian oleh Arthur Axmann. Asalnya, tidak terdapat insignia bagi pangkat ini, dan Schirach boleh dilihat dalam fotograf kontemporari memakai tunik warna perang Parti Nazi berserta lilitan lengan Belia Hitler. Namun, Axmann kemudian mengguna pakai satu insignia yang serupa dengan Reichsführer-SS.

Kedua-dua Axmann dan Schirach telah dituduh sebagai penjenayah perang oleh Kuasa Bersekutu selepas berakhirnya Perang Dunia II, khususnya dalam peranan merosakkan minda kanak-kanak.