Belia Hitler

Belia Hitler
Hitlerjugend
Kerangka
Cogan kataBlut und Ehre
("Darah dan Maruah")
Jenis/bentuk sahPertubuhan belia
Status undang-undangTidak wujud lagi, Tidak sah
Keanggotaan 108,000 (1932), 2,230,000 (1933), 3,580,000 (1934), 3,940,000 (1935), 5,440,000 (1936), 5,880,000 (1937), 7,030,000 (1938), 8,700,000 (1939) 
Sejarah
PendahuluJugendbund, Koloniale Jugendabteilung 
Dibentuk1933 (1922)
Dibubarkan12 Oktober 1945, 10 Oktober 1945 
Pengurusan
PengerusiBaldur von Schirach, Artur Axmann, Kurt Gruber 
Baldur von Schirach, Artur Axmann
Organisasi indukParti Nazi
GabunganNational socialist movement 
Lokasi
Ibu pejabatSaint-Léger 
Lokasi
Kawasan perkhidmatanJerman Nazi
sunting · sunting di Wikidata

Belia Hitler atau Pemuda Hitler (Jerman: Hitlerjugend, kerap disingkatkan sebagai HJ dalam bahasa Jerman) adalah pertubuhan belia Parti Nazi di Jerman. Asal usulnya boleh dijejak sehingga tahun 1922. Dari tahun 1933 hingga 1945, ia merupakan satu-satunya organisasi rasmi belia di Jerman dan sebahagiannya adalah organisasi separa tentera; Hitlerjugend sesuai ditubuhkan untuk remaja lelaki berusia 14 tahun hingga 18 tahun, Deutsches Jungvolk (Anak-Anak Muda Jerman) untuk kanak-kanak lelaki, dan Liga Gadis Jerman untuk remaja perempuan.

Dengan penyerahan kalah Nazi Jerman pada tahun 1945, pertubuhan de facto tersebut tidak lagi wujud. Pada 10 Oktober 1945, ia telah diharamkan oleh Majlis Kawalan Bersekutu bersama-sama dengan organisasi Parti Nazi yang lain. Dibawah Seksyen 86 Kanun Jenayah Jerman, Belia Hitler menjadi "organisasi tidak mengikut perlembagaan" dan penyebaran atau penggunaan simbolnya pada khalayak ramai, kecuali untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan, adalah tidak dibenarkan.