Reginald Dyer
| Reginald Edward Harry Dyer | |
|---|---|
Gambar Dyer sekitar 1919 | |
| Kelahiran | 9 Oktober 1864 Murree, Wilayah Punjab, India British |
| Meninggal dunia | 24 Julai 1927 (umur 62) Long Ashton, Somerset, England |
| Kesetiaan | Empayar British
|
| Perkhidmatan | Tentera Darat British Tentera Darat Benggala Tentera India British |
| Tahun perkhidmatan | 1885–1920 |
| Pangkat | Kolonel |
| Arahan | Seistan Force 25th Punjabis |
| Pertempuran | Perang Inggeris-Burma Ketiga Chitral Expedition First World War |
| Anugerah | Companion of the Order of the Bath Mentioned in Despatches (2) |
| Pasangan | Frances Anne Trevor Ommaney (k. 1888-1927, saat meninggal) |
Kolonel Reginald Edward Harry Dyer CB (9 Oktober 1864 – 23 Julai 1927) ialah seorang pegawai British kelahiran India yang menganggotai Tentera Benggala dan Tentera India British.
Beliau bertanggungjawab mengarahkan askar-askar menembak ratusan penziarah Sikh yang menunjuk perasaan secara aman di Jallianwala Bagh, Amritsar, Punjab (kini di India). sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 379 jiwa dan mencederakan ribuan orang lain. Tindakannya diraikan sesetengah pihak dalam kerajaan Raj British namun kerajaan pusat di United Kingdom mengecam keras kekejaman tindakan tersebut sehingga Dyer dipecat dan disekat daripada mana-mana jawatan kerajaan dalam jajahan India. Ada juga sejarawan yang menyatakan ia sebagai kejadian pemutus penting yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan British di India dengan sentimen nasionalisme yang semakin membuak tinggi akibat kejadian ini.