Pembunuhan beramai-ramai di Jallianwala Bagh

Suatu pembunuhan beramai-ramai berlaku di Jallianwala Bagh, Amritsar, Punjab pada 13 April 1919 apabila askar-askar Tentera India British di bawah perintah Brid. Jen. Reginald Dyer melepaskan tembakan senapang ke arah orang awam yang telah berkumpul di taman tersebut; warga awam tersebut menunjuk perasaan secara awam untuk mengutuk penangkapan dan pengusiran dua pemimpin negara, Satya Pal dan Saifuddin Kitchlew.

Tindakan hasil keputusan Dyer pada mulanya dipuji oleh pihak-pihak konservatif dalam kerajaan, malah menjadi dikenali seakan pahlawan di UK antara kebanyakan orang yang ada hubungan dengan pemerintahan Raj British serta Dewan Pertuanan United Kingdom, namun Dyer kemudiannya dikutuk oleh Dewan Rakyat United Kingdom sehingga ada yang menggesa pemecatan jawatannya - dia dipecatk dari jawatannya serta diharamkan bekerja lagi di India berikutan penggesaan tersebut. Kejadian ini turut membuakkan kemarahan dalam kalangan ramai orang India yang berfahaman moderat terhadap pemerintahan British lalu mereka berpaling tadah menyertai pergerakan nasionalis dan anti-British, beberapa sejarawan turut melihat kejadian ini sebagai titik penentu ke arah pengakhiran penjajahan pihak British di India akibat sentimen yang terbawa hasil kejadian tersebut.