Jallianwala Bagh

Jallianwala Bagh [jal-li-an-wa-la bagh] (Bahasa Panjabi: ਜਲਿਆਂਵਾਲਾ ਬਾਗ਼/جالیاں والا باغ, Hindi: जलियांवाला बाग़) ialah sebuah taman awam berkeluasan 6.5-ekar (26,000 m2) dalam pekarangan Harmandir Sahib iaitu tempat paling suci dan utama penganut agama Sikh di bandar Amritsar, negeri Punjab, India.

Ia menempatkan sebuah tapak memperingati insiden pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera India British arahan Brigadier Jeneral Reginald E. H. Dyer yang menembak balas ratusan penziarah (termasuk wanita dan anak-anak) yang membuat tunjuk perasaan aman pada 13 April 1919 sempena keraian Vaisakhi pada ketika itu. Tapak tersebut diuruskan sebuah yayasan khusus termaktub dalam Akta Peringatan Kebangsaan Jallianwala Bagh (Jallianwala Bagh National Memorial Act) 1951.