Ratu drag
Ratu drag (Bahasa Inggeris: drag queen) ialah suatu istilah yang merujuk kepada segolongan orang - hampirnya selalunya lelaki - yang berpakaian dan bersolekan menampakkan ciri keperempuanan (drag) serta berperwatakan seperti kaum tersebut secara berlebihan untuk tujuan hiburan.
Golongan ini berkait kuat dengan masyarakat yang berorientasikan homoseksual, namun sesiapa sahaja tidak mengira orientasi mahupun gender boleh melakukan kegiatan ini. Gaya pertunjukan berbeza mengikut kemahiran serta tujuan sama ada untuk tujuan lakonan dalam filem mahupun untuk suka-suka.