Lakonan

Lakonan ialah suatu cara penceritaan yang disampaikan dengan cara meniru dan menghayati diri pelaku (watak) dalam sesebuah cerita yang berlainan dengan dirinya yang sebenar.

Kata dasar lakon (Jawi: لاكون) menyerap dari bahasa Jawa ꦭꦏꦺꦴꦤ꧀ lakon melalui pengimbuhan ꦭꦏꦸ laku "berjalan" dan -an. Lakon pada awalnya merujuk kepada suatu "tjeritera" acara penting dalam seni wayang menerangkan "sesuatu jang sedang berdjalan atau sesuatu “peristiwa” ataupun gambaran atau sifat kehidupan manusia sehari-hari", lalu persembahan dalam lakon ini difahamkan sebagai suatu "pengalaman suatu perjalanan hidup" yang "mengubah kacau bilau [dunia] kepada keteraturan".