Rashtriya Swayamsevak Sangh

Rashtriya Swayamsevak Sangh
राष्ट्रीय स्वयंसेवक संघ (hi)
Kerangka
KependekanRSS
Jenis/bentuk sahHaluan kanan
Pasukan relawan,
Pasukan paramiliter
Status undang-undangAktif
TujuanNasionalisme Hindu dan Hindutva
Keanggotaan 
  • 5–6 juta orang
  • 56,859 branches/shakhas (2016)
Bahasa rasmiBahasa Sanskrit, Bahasa Hindi, Bahasa Inggeris
Tapak webwww.rss.org
Sejarah
Dibentuk27 September 1925 (1925-09-27)
PengasasK. B. Hedgewar
Pengurusan
Sarsanghchalak (Ketua)Mohan Bhagwat
Sarkaryawah (Setiausaha Agung)Dattatreya Hosabale
GabunganSangh Parivar
Lokasi
Ibu pejabatDr. Hedgewar Bhawan, Sangh Building Road, Nagpur, Maharashtra - 440032
Lokasi
  • India 
Koordinat21°08′46″N 79°06′40″E / 21.146°N 79.111°E / 21.146; 79.111
Kawasan perkhidmatan India
sunting · sunting di Wikidata

Rashtriya Swayamsevak Sangh (disingkatkan kepada RSS; Hindi: राष्ट्रीय स्वयंसेवक संघ Rāṣṭrīya Svayamsevaka Saṅgha "Pertubuhan Sukarelawan Negara") adalah sebuah pertubuhan sukarela separa tentera sayap kanan nasionalis Hindu yang wujud di India. Ia merupakan badan utama sekelompok organisasi sefahaman disebut Sangh Parivar yang wujud dalam segenap aspek masyarakat India. Pertubuhan ini mempunyai keahlian seramai 5-6 juta orang pada tahun 2014 dari sejak penubuhan ia pada 27 September 1925.

RSS pernah diharamkan beberapa kali atas penggiatan yang dilakukan: sekali semasa pemerintahan Inggeris, tiga kali oleh pemerintah India pasca-kemerdekaan iaitu pada tahun 1948 dari perkaitan seorang bekas ahlinya Nathuram Godse atas pembunuhan Mahatma Gandhi kali kedua semasa Darurat dilaksanakan Indira Gandhi antara 1975 hingga 1977; dan kali ketiga berikutan rusuhan dan pemusnahan Masjid Babri pada tahun 1992.