Sangha

Sangha (Sanskrit: सङ्घ saṅgha "persatuan") adalah kelompok atau masyarakat biksu dan biksuni yakni pertapa yang kuat pegangan ajaran Buddha. Ia merupakan antara 3 tiang utama atau "permata" anutan dalam agama ini. Aliran Mahayana turut merangkumkan semua individu termasuk penganut biasa sekalipun menganut agama Buddha dalam sangha ini namun hal ini tidak disetujui dalam aliran Theravada. Mana-mana biksu atau biksuni yang telah mencapai salah satu dari empat tahap pencerahan memasuki "Sangha mulia" atau āryasaṅgha.

Badan ini mula diwujudkan Gautama Buddha pada abad ke-5 SM sebagai sarana individu yang ingin mengabdikan diri kepada ajaran beliau sepenuh masa bebas dari sekatan dan tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga serta juga memenuhi peranan menyebarkan ajaran ini dan sokongan rohani kepada masyarakat awam.