Rashidi Zinol
Rashidi Zinol | |
|---|---|
| رشيدي زينول | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
| Menyandang jawatan 16 Ogos 2023 (Pembangunan Luar Bandar, Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan) | |
| Gabenor | Ahmad Fuzi Abdul Razak (2023–2025) Ramli Ngah Talib (sejak 2025) |
| Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
| Didahului oleh | Norlela Ariffin (Pembangunan Luar Bandar) Abdul Halim Hussain (Perdagangan & Pembangunan Keusahawanan) |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Acheh |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Sungai Acheh | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Zulkifli Ibrahim |
| Majoriti | 124 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Rashidi bin Zinol |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
YB Dato' Rashidi bin Zinol merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Sungai Acheh sejak Ogos 2023. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan satu-satunya Ahli EXCO BN dan UMNO Pulau Pinang, yang pertama sejak 2008 serta satu-satunya daripada dua MLA BN dan UMNO Pulau Pinang di samping ADUN Bertam, Reezal Merican Naina Merican.