Rantau Selamat (drama)
| Rantau Selamat | |
|---|---|
| Genre | Drama |
| Pencipta | Abdullah Hussain |
| Ditulis oleh | Abdullah Hussain |
| Pengarah | Zainuddin Nordin |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | P. Ramlee |
| Lagu pembukaan | "Rantau Selamat" |
| Penggubah | P. Ramlee |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Zainuddin Nordin |
| Penyunting | S. Maniam |
| Sinematografi | Joseph Lau |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
| Siaran asal | 1972 |
Rantau Selamat merupakan sebuah siri televisyen yang bersiaran di Malaysia pada tahun 1972. Cerita ini menampilkan pelbagai barisan pelakon seperti P. Ramlee, Noor Sabariah, Hussein Abu Hassan, Mahmud Jun dan ramai lagi. Dalam cerita ini, P. Ramlee telah sekali lagi bekerjasama dengan Zainuddin Nordin sebagai pengarah dan penerbit. Sebelum ini, P. Ramlee telah berlakon dalam drama televisyen arahannya iaitu Intan.
Cerita ini telah dirancang untuk dibuat secara bersiri yang mengandungi 13 episod berdasarkan karya Abdullah Hussain yang juga menjadi penulis untuk lakon layar. Tanpa sebab yang kukuh, hanya tujuh episod yang berjaya diselesaikan penggambarannya. Cerita ini sempat ditayangkan dalam televisyen untuk tiga episod antara tujuh episod secara keseluruhannya. Manakala empat lagi episod tidak dapat diketahui mengapa ia tidak ditayangkan. Episod pertama mengandungi dua bahagian yang bertajuk Perantau Pulang manakala episod ketiga pula bertajuk Padi Menguning Lagi. Ketika berlakon di dalam cerita ini, P. Ramlee sedang bekerjasama dengan A. R. Tompel dalam menjayakan filem Laksamana Do Re Mi dan terpaksa berlakon secara bergilir-gilir dalam dua cerita yang berlainan.