Rambo Chin
Rambo Chin | |
|---|---|
| Kelahiran | Chin Kia Shin 1944 |
| Meninggal dunia | 5 Ogos 2001 (umur 56–57) |
| Sebab kematian | Serangan jantung |
| Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
| Tahun aktif | 1991–2001 |
| Pasangan | Yoo Kim Yeak |
| Anak-anak | 1 |
Chin Kia Shin atau lebih dikenali sebagai Rambo Chin (陳奇 1944 – 5 Ogos 2001) merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia berketurunan Cina. Beliau terkenal menerusi watak Uncle Stanley dalam sitkom Spanar Jaya, yang disiarkan di ntv7.
Selain itu, beliau juga terkenal menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Dee & Harith Iskander. Chin juga membintangi filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman.