Jangan Ketawa

Jangan Ketawa ialah sebuah siri komedi yang disiarkan pada awal 1990-an yang diterbitkan oleh Filem Karya Nusa dan disiarkan di TV3 pada tahun 1991 dan telah diarahkan oleh Linda Chong dan Harith Iskander. Penyiaran semula program ini disiarkan di Astro Prima dari tahun 2003 hingga 2005. Ia juga disiarkan di Astro Warna pada tahun 2009.

Jangan Ketawa akan bersiaran di Astro Ria mulai 29 Januari 2025, setiap Rabu dan Khamis jam 8:30 malam.