Ramakrishna Mission
Logo | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | RKM |
| Cogan kata | Atmano mokshartham jagad hitaya cha Melayu: Kesedaran diri dan khidmat kepada dunia sejagat |
| Jenis/bentuk sah | organisasi keagamaan dan spiritual |
| Tujuan | pendidikan, filantropi, kajian agama, kerohanian |
| Industri | Religious congregations and associations |
| Tapak web | belurmath |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 1 Mei 1897 di Calcutta, India |
| Pengasas | Swami Vivekananda |
| Pengurusan | |
| Presiden | Swami Smaranananda |
| Gabungan | Hinduisme (neo-Vedanta) |
| Anugerah | |
| Gandhi Peace Prize (1998) | |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Belur Math, Benggala Barat, India |
| Lokasi |
|
| Koordinat | 22°22′N 88°13′E / 22.37°N 88.21°E |
| Kawasan perkhidmatan | seluruh Dunia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Ramakrishna Mission merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Swami Vivekananda berdasarkan kepada ajaran Sri Ramakrishna. Pertubuhan ini merupakani sebahagian daripada pergerakan reformasi Hindu yang bermula di India. Ibu pejabat Ramakrishna Math dan pertubuhan kembarnya, Ramakrishna Mission terletak di Belur Math (di Bengal Barat, India). Ramakrishna Mission merupakan sayap sosial Ramakrishna Math yang terlibat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan dan penyebaran ajaran Ramakrishna-Vivekananda. Kedua-dua Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission juga dikenali sebagai Ramakrishna Order atau Ramakrishna Sangha.
Ramakrishna Mission ditubuhkan pada 1 Mei 1897 oleh Swami Vivekananda. Pertubuhan ini telah mencatatkan sejarah dengan rekod ketelusan yang tidak dapat dipertikaikan.
Setakat 1 September 2024, pertubuhan kembar ini mempunyai 283 cawangan di dalam dan luar India. Di India, terdapat 215 cawangan. Di luar India pula terdapat 68 cawangan di 24 negara, antaranya 27 di Bangladesh, 14 di Amerika Syarikat, 3 di Brazil, 2 di setiap negara Kanada, Rusia dan Afrika Selatan, dan satu di Argentina, Australia, Fiji, Peranchis, Jerman, Ireland, Jepun, Malaysia, Mauritius, Nepal, Netherlands, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Switzerland, United Kingdom dan Zambia).[1] Tambahan pula, terdapat 57 cawangan kecil (25 dalam India dan 32 di luar India) yang berfungsi di bawah cawangan-cawangan di atas.