Ramakrishna Math
Ramakrishna Math merupakan sebuah persaudaraan rahib yang ditubuhkan oleh Swami Vivekananda berdasarkan ajaran Sri Ramakrishna. Pertubuhan ini dianggap sebagai sebahagian daripada pergerakan reformasi Hindu yang bermula di India. Ibu pejabat Ramakrishna Math dan pertubuhan kembarnya, Ramakrishna Mission terletak di Belur Math (di Bengal Barat, India).
Ramakrishna Mission merupakan sayap sosial Ramakrishna Math yang terlibat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan dan penyebaran ajaran Ramakrishna-Vivekananda.
Kedua-dua Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission juga dikenali sebagai Ramakrishna Order atau Ramakrishna Sangha.
Setakat 1 September 2024, pertubuhan kembar ini mempunyai 283 cawangan di dalam dan luar India. Di India, terdapat 215 cawangan. Di luar India pula terdapat 68 cawangan di 24 negara, antaranya 27 di Bangladesh, 14 di Amerika Syarikat, 3 di Brazil, 2 di setiap negara Kanada, Rusia dan Afrika Selatan, dan satu di Argentina, Australia, Fiji, Peranchis, Jerman, Ireland, Jepun, Malaysia, Mauritius, Nepal, Netherlands, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Switzerland, United Kingdom dan Zambia). Tambahan pula, terdapat 57 cawangan kecil (25 dalam India dan 32 di luar India) yang berfungsi di bawah cawangan-cawangan di atas.[1]