Ralph Breaks the Internet

Ralph Breaks The Internet
Logo filem
Pengarah
Lakon layar
  • Phil Johnston
  • Pamela Ribon
Berdasarkanwatak oleh
Rich Moore
Phil Johnston
Jim Reardon
Dihasilkan olehClark Spencer
Dibintangi
SinematografiNathan Warner
Muzik olehHenry Jackman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 20 November 2018 (2018-11-20) (Australia)
  • 23 November 2018 (2018-11-23) (Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$175 juta
Pecah panggung$529.3 juta

Ralph Breaks The Internet ialah sebuah filem komedi animasi komputer 3D Amerika Syarikat 2018 terbitan Walt Disney Animation Studios. Kesinambungan dari filem 2012 Wreck-It Ralph, dan filem cereka animasi Disney ke-57. Filem ini diarahkan oleh Rich Moore dan Phil Johnston (yang menulis lakonlayar bersama Pamela Ribon dan arahan sulungnya) dan penerbit eksekutif John Lasseter, Chris Williams dan Jennifer Lee. Ia menampilkan lakonan suara John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch, dan Ed O'Neill (menjayakan kembali peranan mereka dari filem pertama), bersama Alan Tudyk kembali meminjamkan suaranya untuk watak baru dan penambahan barisan pelakon baru termasuk Gal Gadot, Taraji P. Henson, dan Alfred Molina.

Perbincangan pertama mengenai kesinambungan Wreck-It Ralph bermula pada Oktober 2012, dan ansuran baru melalui tiga skrip berbeza sebelum pembikin filem selesai pada plot terakhir. Apabila filem itu diumumkan secara rasmi pada Jun 2016 sebagai Ralph Breaks the Internet: Wreck-It Ralph 2, kebanyakan barisan pelakon asal telah menandatanganinya, dengan barisan pelakon baru ditambah pada 2018. Ia merupakan kesinambungan filem animasi pertama Walt Disney Animation Studios yang akan dicipta oleh penulis dan pengarah filem asal dan merupakan kesinambungan pertama dari studio sejak Winnie the Pooh (2011).

Ralph Breaks the Internet menerima tayangan perdana sedunia di Teater El Capitan di Los Angeles, California, pada 20 November 2018, dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 23 November 2018. Filem ini telah meraih kutipan pecah panggung $529 juta di serata dunia dan menerima ulasan positif daripada pengkritik, dan memuji kandungannya termasuk animasi, gelihati, watak, dan plot, serta persembahan vokal Reilly dan Silverman. Filem ini telah dicalonkan bagi Filem Animasi Terbaik di Anugerah Akademi ke-91, Anugerah Golden Globe ke-76, dan Anugerah Pilihan Pengkritik ke-24, namun tewas kepada Spider-Man: Into the Spider-Verse.