Taraji P. Henson

Taraji P. Henson
Henson pada 2016.
Kelahiran
Taraji Penda Henson

(1970-09-11) 11 September 1970
PendidikanUniversiti A&T Carolina Utara
Universiti Howard (BFA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1992–kini
Anak-anak1

Taraji Penda Henson (/təˈrɑːi/ tə-RAH-jee; lahir 11 September 1970) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau mempelajari bidang lakonan di Universiri Howard dan memulakan kerjaya Hollywood sebagai pelakon undangan dalam beberapa rancangan televisyen sebelum meraih kejayaan dalam Baby Boy (2001), diikuti oleh Hustle & Flow (2005), yang mana beliau menerima pencalonan Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Luar Biasa oleh seorang Pelakon dalam Wayang Gambar; dan sebagai ibu tunggal kepada anak cacat di David Fincher The Curious Case of Benjamin Button (2008), yang mana beliau menerima Anugerah Akademi, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Plihan Pengkritik untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada tahun 2010, belau muncul dalam filem aksi komedi Date Night, dan pembikinan semula The Karate Kid.