John Lasseter

John Lasseter
Lasseter pada Oktober 2011
Kelahiran
John Alan Lasseter

(1957-01-12) 12 Januari 1957
Pusat pendidikanUniversiti Pepperdine
Insititut Kesenian California
PekerjaanJuruanimasi, pengarah filem, Ketua Pegawai Kreatif di Pixar dan Walt Disney Animation Studios, Penasihat Kreatif Utama di Walt Disney Imagineering
Tahun aktif1978–kini
Karya terkenal
Luxo Jr. (1986)
Toy Story (1995)
A Bug's Life (1998)
Toy Story 2 (1999)
Cars (2006)
Cars 2 (2011)
Nilai bersih$100 juta (Mac 2016)
PasanganNancy Lasseter (k. 1988)
Anak-anak5
Tandatangan
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

John Alan Lasseter (lahir 12 Januari 1957) ialah seorang juruanimasi, penulis lakonlayar, pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau kini memegang jawatan ketua pegawai kreatif di Pixar dan Walt Disney Animation Studios. Beliau juga menyandang jawatan Penasihat Kreatif Utama Walt Disney Imagineering.

Pekerjaan pertama Lasseter ialah sebagai juruanimasi di Syarikat Walt Disney. Selepas dipecat daripada Disney kerana mempromosikan animasi komputer, beliau menyertai Lucasfilm untuk mengusahakan animasi CGI yang masih baru tu. Setelah Kumpulan Grafik Bahagian Komputer Lucasfilm dijual kepada Steve Jobs lalu bertukar nama kepada Pixar pada tahun 1986, Lasseter menyelia segala filem-filem dan projek-projek buatan Pixar sebagai penerbit eksekutif. Beliau pernah mengarah filem-filem Toy Story (1995), A Bug's Life (1998), Toy Story 2 (1999), Cars (2006, dan Cars 2 (2011). Sejak 2007, beliau telah memantau semua projek dan filem berkaitan Studio Animasi Disney (termasuk bahagiannya, DisneyToon Studios) sebagai penerbit eksekutif.

Beliau telah memenangi dua Anugerah Akademi, iaitu Filem Pendek Animasi Terbaik (Tin Toy) dan Anugerah Pencapaian Istimewa (Toy Story).