Rajinikanth


Rajinikanth
ரஜினிகாந்த்
Rajinikanth pada 2018
Kelahiran
Shivaji Rao Gaikwad

(1950-12-12) 12 Disember 1950
Bangalore, Negara Bahagian Mysore, India
PekerjaanPelakon filem, penerbit, penulis skrip
Tahun aktif1975–kini
PasanganLatha Rangachari
(1981–kini)
Anak-anak
  • Aishwarya R. Dhanush
  • Soundarya R. Ashwin
Saudara
  • Dhanush
(Menantu Lelaki)
Anugerah
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Shivaji Rao Gaikwad (Bahasa Tamil: சிவாசிராவ் காயகவாடு; lahir 12 Disember 1950), dikenali secara profesional sebagai Rajinikanth, (Bahasa Tamil:இரசினிகாந்து) ialah seorang pelakon India yang kebanyakannya berkarya dalam Sinema Tamil. Dalam kerjaya yang menjangkau lebih lima dekad, beliau telah membintangi 170 buah filem termasuk dalam bahasa Tamil, Hindi, Telugu, Kannada, Benggali, dan Malayalam. Beliau secara meluas dianggap sebagai salah seorang pelakon paling berjaya dan popular dalam sejarah perfileman India.

Dikenali dengan gaya lakonan dan dialog yang unik, beliau memiliki pengikut yang ramai serta Pengikut fanatik. Kerajaan India telah menganugerahkan beliau dengan Padma Bhushan pada tahun 2000 dan Padma Vibhushan pada tahun 2016, masing-masing penghormatan awam ketiga dan kedua tertinggi di India, serta Anugerah Dadasaheb Phalke pada tahun 2019, iaitu anugerah tertinggi dalam bidang perfileman India, atas sumbangannya kepada industri filem India..Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah perfileman termasuk satu Anugerah Filem Kebangsaan, tujuh Anugerah Filem Negeri Tamil Nadu, satu Anugerah Nandi, satu Anugerah Filmfare Selatan dan dua Anugerah Filem Negeri Maharashtra.

Berikutan penampilan sulungnya dalam drama Tamil arahan K. Balachander iaitu Apoorva Raagangal (1975), kerjaya lakonan Rajinikanth bermula dengan fasa pendek di mana beliau sering melakonkan watak antagonis dalam filem Tamil. Peranan positif utamanya sebagai seorang kekasih yang dikhianati dalam filem arahan S. P. Muthuraman, Bhuvana Oru Kelvi Kuri (1977), serta filem Mullum Malarum dan Aval Appadithan pada tahun 1978 menerima pujian kritikal; yang pertama memenanginya Anugerah Khas Juri Anugerah Perfileman Negeri Tamil Nadu bagi Pelakon Lelaki Terbaik.

Menjelang akhir dekad tersebut, beliau telah berlakon dalam semua industri perfileman India Selatan dan berjaya membina kerjaya dalam pawagam Tamil. Beliau kemudiannya melakonkan watak berkembar dalam filem aksi ngeri Billa (1980), sebuah pembuatan semula filem Hindi Don (1978). Filem ini merupakan kejayaan komersial terbesarnya pada ketika itu, melonjakkan namanya sebagai bintang dan memberikannya imej sebagai wira aksi.

Beliau membintangi tiga watak dalam Moondru Mugam (1982), yang memberikannya hadiah khas dalam majlis Anugerah Perfileman Negeri Tamil Nadu. Pada tahun berikutnya, beliau membuat penampilan sulung dalam pawagam Hindi menerusi filem arahan T. Rama Rao, Andhaa Kaanoon (1983), yang mencatat kutipan tertinggi. Filem Nallavanukku Nallavan (1984) memenanginya Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik – Tamil pada tahun tersebut.

Pada separuh akhir tahun 1980-an, beliau membintangi beberapa filem berjaya dalam bahasa Tamil dan Hindi, termasuk Geraftaar (1985), Padikkadavan (1985), Mr. Bharath (1986), Dosti Dushmani (1986), Velaikkaran (1987), Manithan (1987), Dharmathin Thalaivan (1988) dan ChaalBaaz (1989).

Pada tahun 1991, filem jenayah Tamil arahan Mani Ratnam, Thalapathi, menerima pujian kritikal yang besar terhadap lakonan Rajinikanth. Beliau bekerjasama dengan Suresh Krissna untuk beberapa filem termasuk Annaamalai (1992) dan Baashha (1995); yang terakhir merupakan kejayaan komersial terbesar dalam kerjayanya setakat itu dan menjadi filem Tamil dengan kutipan tertinggi selama beberapa tahun.

Kejayaan lain termasuk filem arahan P. Vasu Mannan (1992), Uzhaippali (1993) dan filem arahan K. S. Ravikumar, Muthu (1995) serta Padayappa (1999); yang terakhir menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam kariernya dan juga dalam sejarah sinema Tamil, mengatasi kutipan Baashha.

Selepas beberapa tahun menyepi, beliau kembali berlakon menerusi filem komedi seram Chandramukhi (2005); filem itu sekali lagi menjadi filem Tamil dengan kutipan tertinggi. Filem seterusnya, Sivaji (2007) arahan S. Shankar menjadi filem India ketiga dan filem bahasa Tamil pertama yang menyertai Kelab 100 Crore.

Beliau kemudian memegang dua watak sebagai saintis dan robot andro-humanoid dalam filem fiksyen sains Enthiran (2010) serta sekuelnya 2.0(2018), kedua-duanya merupakan produksi paling mahal dalam sejarah India pada waktu itu dan antara filem India dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Pada tahun 2023, filem blockbuster beliau Jailer memberi impak besar kepada industri filem Tamil, meraih lebih 600 crore dan menjadikan beliau satu-satunya pelakon dengan dua filem yang melepasi kutipan 500 crore dalam industri tersebut.

Rajinikanth turut dinamakan sebagai salah seorang individu paling berpengaruh di Asia Selatan oleh majalah Asiaweek. Beliau juga dinobatkan oleh Forbes India sebagai individu India paling berpengaruh bagi tahun 2010.

Pada tahun 2024, Rajinikanth menerima Visa Emas UAE.