Apoorva Raagangal
| Apoorva Raagangal அபூர்வ ராகங்கள் | |
|---|---|
Theatrical release poster | |
| Pengarah | K. Balachander |
| Penulis | K. Balachander |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | B. S. Lokanath |
| Disunting oleh | N. R. Kittu |
| Muzik oleh | M. S. Viswanathan |
Syarikat penerbitan | Kalakendra Movies |
| Diedarkan oleh | Vijaya Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 146 minutes |
| Negara | India |
| Bahasa | Tamil |
Apoorva Raagangal ( terj. Melodi Aneh ) ialah sebuah filem drama romantik bahasa Tamil tahun 1975 dari India. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh K. Balachander . Ia dibintangi oleh Kamal Haasan, Sundarrajan, Srividya dan Jayasudha. Nagesh dan Rajinikanth melakukan debut dalam dunia perfileman melalui peranan sokongan dalam filem ini. Filem ini berkisar tentang Prasanna (Haasan) yang jatuh cinta dengan perempuan yang lebih tua darinya, Bhairavi (Srividya) .Manakala, anak perempuan Bhairavi, Ranjani (Jayasudha) tertarik kepada bapa Prasanna, Mahendran (Sundarrajan).
Tema Apoorva Raagangal ' berdasarkan teka-teki yang ditanyakan oleh Vetala kepada Vikramaditya dalam koleksi cerita rakyat India Vetala Panchavimshati, tentang seorang raja yang mengahwini seorang wanita dan anak lelakinya mengahwini ibunya. Vetala persoalkan apakah hubungan persaudaraan mereka jika dua dua pasangan ini merlahirkan anak.
Tidak seperti kebanyaan filem tamill pada masa itu, filem ini dirakam sepenuhnya dalam sebuah rumah sebenar tanpa set bangunan.
Apoorva Raagangal ditayangkan pada 15 Ogos 1975. Ia menjadi kejayaan komersial dan mendapat pujian kritikal walaupun cerita ini mencabar norma kehidhupan sosial india, di mana ia meneroka konsep hubungan antara orang yang mempunyai jarang umur yang besar.
Filem ini memenangi tiga Anugerah Filem Kebangsaan, termasuk Filem Cereka Terbaik dalam bahasa Tamil, dan tiga Anugerah Filmfare Selatan bagi Filem Tamil : Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik udan Pelakon Lelaki Terbaik . Ia diolah semula dalam Telugu sebagai Thoorpu Padamara (1976) di mana Srividya dan Nagesh mengulangi peranan mereka, dan dalam bahasa Hindi oleh Balachander sebagai Ek Nai Paheli (1984) di mana Haasan mengulangi peranannya.