Serviks
| Serviks | |
|---|---|
Rajah sistem pembiakan perempuan manusia. Serviks ialah bahagian bawah rahim/uterus. | |
| Butiran | |
| Pendahulu | Duktus Müller |
| Arteri | Arteri faraj dan arteri rahim |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | Cervix uteri |
| MeSH | D002584 |
| TA | A09.1.03.010 |
| FMA | FMA:17740 |
| Terminologi anatomi | |
Serviks atau leher/mulut/pangkal rahim ialah bahagian bawah rahim (atau uterus) dalam sistem pembiakan perempuan manusia yang berhubung ke faraj. Serviks lazimnya berukuran 2 ke 3 cm panjang dan berbentuk silinder, dan berubah bentuk ketika kehamilan. Bahagian bawah serviks atau ektoserviks membonjol ke bahagian atas faraj. Serviks telah dikaji secara anatomi sejak sekurang-kurangnya zaman Hippocrates dalam kira-kira 2,000 tahun lampau.