Bernama Radio
| Bandar | Kuala Lumpur |
|---|---|
| Negara | Malaysia |
| Kawasan penyiaran | |
| Slogan | Untuk Anda |
| RDS | BERNAMA |
| Tarikh siaran pertama | 3 September 2007 |
| Bahasa | Melayu |
| Nama terdahulu | Radio24 (2007 - 2016) |
| Pemilik | Pertubuhan Berita Nasional Malaysia |
| Tapak web | www |
Bernama Radio ialah stesen radio berita Malaysia yang dilancarkan pada 3 September 2007 sebagai Radio24 (atau Bernama Radio24). Stesen radio ini dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ia menyiarkan berita dari dalam dan luar negara selama 24 jam sehari dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan frekuensi FM 93.9 MHz yang sebelum ini digunakan oleh Klasik Nasional (kini Radio Klasik) dari pemancar Menara Kuala Lumpur untuk Lembah Klang sahaja. Stesen radio ini beroperasi di Tingkat 15, Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Stesen tersebut menyiarkan berita buletin setiap jam, Berita menonjolkan setiap 15 minit, Live trafik, cuaca dan pasaran saham kemas.