Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur, pada Disember 2020
Maklumat umum
StatusSiap
JenisTelekomunikasi, balai cerap, sukan lasak (terjun tapak), Pelancongan, Kebudayaan
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
Koordinat3°9′10″N 101°42′12″E / 3.15278°N 101.70333°E / 3.15278; 101.70333
Pecah tanah1 Oktober 1991
Pembinaan bermula4 Oktober 1991
Disiapkan pada13 September 1994
Pembukaan23 Julai 1996
1 Oktober 1996 (rasmi)
Dirasmikan pada1 Oktober 1996
Diubah suai pada1 Januari 2012-31 Disember 2015
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia
Pengendalisyarikat
Maklumat ketinggian
Tinggi421 m
Menara antena421 m (1,381 ka)
Bumbung335 meter (1,099 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat13 (G, UG, TH00 to TH10)
Keluasan tingkat7,700 m2 (82,882 ka2)
Lif/mesin pengangkat4
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekKumpulan Senireka Sdn. Bhd.
Maklumat lain
https://www.menarakl.com.my/
Rujukan
sunting · sunting di Wikidata

Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ialah sebuah menara komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaannya sempurna pada 1 Mac 1995. Ia menampilkan sebuah antena yang meningkatkan ketinggiannya kepada 421 meter (1,381 kaki) dan merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia. Bahagian atasnya terletak pada ketinggian 335 meter (1,099 kaki). Bahagian bawah selebihnya mempunyai tangga dan lif untuk mencapai kawasan atas, yang mana ia mempunyai restoran berputar yang menyediakan ruang makan dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur.

Menara ini juga berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau anak bulan bagi menandakan permulaan bulan-bulan qamari terutamanyaRamadan, Syawal, dan Zulhijah, bagi menyambut bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Menara ini merupakan titik pandang tertinggi di Kuala Lumpur yang dibuka kepada awam.