Radha

Radha
Ahli Panch Prakriti
Nama lainRadhe, Radhika, Madhavi, Keshavi, Shreeji, Kishori, Shyama, Radharani, Rahimai, Golokakeshwari, Vaikunthakeshwari, Mahalakshmi, Jagat Janani, Trilok Sundari, Sarveshwari, Aparajita, Anutarra, Madhava-Manoharini, Nitya-Gehini, Mulaprakriti, Gaurangi, Raaseshwari, Krishnamitka, Krishnaneshwari, Krishnakanta, Krishnapriya, Kameshi, Madan-Mohini, Brahmanda-Paripalini, Bhaktananda-Pradayini, Isvari, Gati-Nistha Gati-Prada, Sarva-Jiveshwari, Paripurna Purnatara, Girbana-Vandya, Jivananda-Pradiyani, Nitya, Girbana, Sevya, Nanda-Sutaradhya, Nandanandana-PatVedatita, Vrindavaneshwari, Barsananeshwari, Mathuraneshwari, Saumya-kulodvaha, Kulina, Abhistada,
Disembah diRadha Vallabh Sampradaya, Nimbarka Sampradaya, Gaudiya Vaishnavism, Pushtimarg, Mahanam Sampraday, Swaminarayan Sampradaya, Vaishnava-Sahajiya, Haridasi Sampradaya
Gabungan
Tempat tinggalGoloka, Vaikuntha ,Vrindavan, Barsana
Mantera
  • Om hreem Radhikaye namah
  • Radhe Radhe
SimbolTeratai Emas
TeksBrahma Vaivarta Purana, Vishnu Purana, Shrimad Bhagavatam Mahapuran, Devi-Bhagavatam Purana, Matsya Purana, Naradiya Purana, Padma Purana, Skanda Purana, Shiva Purana, Gita Govinda, Gopala Tapani Upanishad, Garga Samhita, Brahma Samhita, Chaitanya Charitamrita, Mahabharata (Sebagai Shreeji).
JantinaWanita
PerayaanRadhashtami, Holi, Sri Radha Kalyanam , Sharad Purnima, Kartik Purnima, Gopashtami, Lathmar Holi, Jhulan Purnima
Maklumat peribadi
Kelahiran
Barsana (Rawal), Uttar Pradesh, India
Ibu bapa
  • Vrishabhanu (ayah)
  • Kirtida (ibu)
PasanganKrishna
DinastiYaduvanshi-Chandravanshi

Radha (Sanskrit: राधा, IAST: Rādhā); atau dipanggil juga Radhika ialah permaisuri agung Sri Krishna. Dewi Radha disembah sebagai permaisuri kekasih Sri Krishna dan permaisuri yang berkahwin dengan Sri Krishna, dalam banyak Purana, Dewi Radha dianggap permaisuri utama Sri Krishna dan lengkap avatar Dewi Lakshmi bersama Dewi Rukmini. Dalam Brahmavaivarta Purana dan Garga Samshita, Dewi Radha dianggap sebagai isteri pertama Sri Krishna di Vrindavan yang dipisahkan kerana kutukan selama 100 tahun.

Radha bermaksud 'seorang yang menenangkan'. Beberapa buah Purana, menyatakan bahawa Vrishabanu dan Kalavati ialah ibu bapanya.

Dalam hikayat keagamaan yang popular di kalangan penganut Hindu, Rādhā sering dikaitkan dengan Sri Krishna. Pada permulaannya, perlu disebutkan bahawa Rādhā tidak disebut dalam empat sumber utama riwayat Sri Krishna: Mahabharata, Harivamsa, Vishnu Purana, dan Srimad Bhagavata. Namun, terdapat satu rujukan dalam Srimad Bhagavata (10.30.25 dan seterusnya) kepada seorang gopī bertuah yang pergi bersendirian dengan Sri Krishna sebelum Rāsakrīḍā. Perkataan yang digunakan di sini—anayārādhitaḥ (= ditenangkan olehnya)—mungkin menjadi benih bagi konsep Rādhā yang kemudiannya, sebagai gopī yang paling disayangi oleh Sri Krishna.

Kisah Rādhā secara terperinci muncul dalam Kṛṣṇajanma-khaṇḍa daripada Brahmavaivarta Purana, sebuah karya yang terkemudian. Dalam teks ini, Radha digambarkan sebagai muncul daripada Sri Krishna dan sebagai Śakti atau kekuatannya. Mungkin penyair Jayadeva (tahun 1200 M) yang telah mengabadikannya melalui karya lirik terkenal, Gītagovinda. Vaishnavisme Bengal yang diperkembangkan oleh Sri Krishna Caitanya (1485-1533 M) dan yang lain-lain, telah memberikan Rādhā tempat yang unik dalam teologi dan metafizik Sri Krishna mereka.

Adalah berkemungkinan bahawa 'Prakṛti-pradhāna' (Ibu Alam) dalam sistem falsafah Sankhya yang terdahulu secara beransur-ansur telah berubah menjadi keperibadian Rādhā dalam aliran teologi Vaishnava yang terkemudian.