Raden Saleh

Raden Saleh
ꦫꦢꦺꦤ꧀​ꦱꦭꦺꦃ
Raden Saleh pada s. 1872
Kelahiran
Saleh Sjarif Boestaman
ꦱꦭꦺꦃ​ꦱꦾꦫꦶꦥ꦳꧀​ꦧꦸꦱ꧀ꦠꦩꦤ꧀

1811
Meninggal dunia23 April 1880
Terkenal keranaCat, lukisan
Karya terkenal
Penangkapan Pangeran Diponegoro, Deer Hunt, Pemandangan Letusan Gunung Merapi
Gerakan politikRomantisisme

Raden Saleh Sjarif Boestaman (bahasa Jawa: ꦫꦢꦺꦤ꧀​ꦱꦭꦺꦃ​ꦱꦾꦫꦶꦥ꦳꧀​ꦧꦸꦱ꧀ꦠꦩꦤ꧀, 1811 – 23 April 1880) ialah seorang pelukis Hindia Timur Belanda berketurunan Arab-Jawa. Beliau merintis pelukisan seni gaya Romantisisme yang popular di Eropah pada masa abad ke-19 lalu dianggap sebagai artis "moden" pertama dikalangan pribumi negeri tersebut, beliau juga menyatakan akar budaya dan daya cipta dalam karyanya.