Puteri Gunung Ledang (muzikal)
| Puteri Gunung Ledang The Musical | |
|---|---|
| Muzik | Dick Lee |
| Lirik | Adlin Aman Ramlie |
| Buku |
|
| Asas | Puteri Gunung Ledang |
| Penerbitan | 2006 Istana Budaya Musim 1 2006 Istana Budaya Musim 2 2006 Singapura 2009 Istana Budaya Musim 3 |
Puteri Gunung Ledang ialah pementasan teater muzikal Malaysia arahan Zahim Albakri, arahan bersama Adlin Aman Ramlie, buku oleh Adlin, Saw Teong Hin dan Zahim serta muzik gubahan Dick Lee. Muzikal ini berdasarkan daripada filem Puteri Gunung Ledang (2004). Penerbitan asal telah dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2006, diikuti oleh dua lagi penerbitan dan pementasan ketiga pada Februari 2009. Tiara Jacquelina dan Stephen Rahman-Hughes membintangi sebagai Gusti Putri dan Hang Tuah dalam semua pementasan setakat ini. Ahli pasukan penerbitan yang lain ialah pengarah muzik Roslan Aziz, koreografer Pat Ibrahim dan pereka penerbitan Raja Malek. Muzikal itu dipentaskan dalam bahasa Melayu puitis dan bahasa Melayu berloghat Jawa, dengan sarikata bahasa Inggeris disediakan.