Putera Harry, Duke Sussex

Putera Harry
His Royal Highness The Duke of Sussex
Putera Harry pada tahun 2019
Keputeraan15 September 1984
Hospital St Mary, London, England.
Nama penuh
Henry Charles Albert David Mountbatten-Windsor
KerabatWindsor
AyahandaCharles, Putera Wales
BondaDiana, Puteri Wales

Putera Henry, Duke of Sussex (Henry Charles Albert David Mountbatten-Windsor; diputerakan pada 15 September 1984; lebih dikenali sebagai Putera Harry) merupakan putera kedua Charles, Putera Wales dan isteri pertamanya, mendiang Diana, Puteri Wales. Baginda merupakan pewaris keempat dalam baris pengganti takhta British dan juga dalam baris pengganti takhta Negara - negara Komanwel, yang di dahului oleh ayahandanya, kakandanya, Putera William, Duke Cambridge dan anakanda saudaranya Putera George dari Cambridge. Baginda merupakan paduka cucunda kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip.

Selepas menamatkan pengajian di beberapa buah sekolah di United Kingdom, Putera Harry menghabiskan cuti tahunannya di Australia dan Lesotho. Harry yang memilih kerja tentera, menjalani latihan pegawai di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Baginda telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Regimen Household Cavalry—berkhidmat sementara bersama kakandanya—dan menyempurnakan latihan baginda sebagai Komander kereta kebal. Pada tahun 2007 - 2008, baginda berkhidmat selama 77 hari di barisan hadapan dalam Perang Afghanistan, walaupun baginda telah dikeluarkan berikutan cerita yang dipaparkan dalam sebuah majalah Australia. Baginda berangkat pulang ke Afghanistan untuk 20 minggu penempatan pada 2012 - 2013.