Puri (makanan)

Puri
Puri dihidangkan di restoran India
JenisRoti, makanan 
Tempat asalBangladesh, India, Pakistan, Nepal
Kawasan/rantauSubbenua India
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaAtta
Keragaman/variasiBhatoora, Luchi, Sevpuri
sunting · sunting di Wikidata

Puri (poori, boori, Kannada ಪೂರಿ (pūri), Punjabi ਪੁੜੀ (pūḍī), Hindi pūrī, Nepali पूरी (puri), Bahasa Assam: পুৰি, Urdu: پوری‎ (puri), Telugu: పూరి (pūri), Tamil: பூரி (pūri), Malayalam പൂരി, Oriya ପୁରି (luchi/puri)), ialah roti India digoreng tidak beragi, biasanya dimakan di subbenua India. Ia dimakan sebagai sarapan atau sebagai snek atau makanan ringan. Ia biasanya dihidangkan dengan kari atau bhaji, seperti dalam Puri bhaji.

Puri paling biasa dihidangkan semasa sarapan. Ia juga dihidangkan pada majlis-majlis khas atau upacara sebagai sebahagian daripada ritual upacara bersama-sama dengan lain-lain makanan vegetarian yang ditawarkan dalam doa sebagai prasadam. Nama puri diserap daripada perkataan bahasa Sanskrit पूरिका (pūrikā), daripada पुर (pura) "diisi".

Puri (პური) juga bermaksud roti dalam bahasa Georgia.