Pug
Seekor pug berwarna perang kekuning-kuningan, warna paling umum | |||||||||||||
| Negara asal | China | ||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
| |||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||
Pug ialah satu baka anjing dengan ciri fizikal muka berkedut dan bermuncung pendek dan ekor melingkar. Sebagai baka purba dengan akar yang bertarikh kembali ke tahun 400 SM, ia mempunyai lapis bulu licau halus yang terdapat dalam pelbagai warna, paling kerap perang kekuning-kuningan (perang muda) atau hitam, dan tubuh segi empat sama padat dengan otot tebal cukup terbentuk di serata tubuh.
Pug dibawa dari China ke Eropah pada abad keenam belas dan dipopularkan di Eropah Barat oleh Wangsa Oranje dari Belanda dan Wangsa Stuart. Di United Kingdom, pada abad kesembilan belas, Ratu Victoria memulakan minat terhadap pug yang diteruskan oleh anggota lain keluarga diraja.
Pug terkenal sebagai anjing teman mesra dan lemah lembut. American Kennel Club memerihalkan keperibadian baka ini sebagai keperibadian "tenang dan menawan". Pug kekal popular sehingga abad kedua puluh satu, dengan sesetengah pemilik selebriti terkenal. Anjing ini terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan oleh sebab trait baka ini.