Proton Savvy
Proton Savvy merupakan model Proton jenis Hatchback bersaiz segmen A. Model ini dilancarkan pada 5 Jun 2005 dan merupakan model pertama Proton selepas Proton membeli syarikat Lotus Cars . Proton Savvy merupakan pengganti Proton Tiara. Sama seperti Tiara, Proton Savvy juga merupakan hasil kerjasama di antara Proton dan Renault iaitu enjin Renault Type-D. Proton Savvy mengalami facelift pada 19 Januari 2007 dan ditamatkan pada tahun 2011.
| Proton Savvy | |
|---|---|
| Pembuat | Proton |
| Produksi | 2005–2011 |
| Kategori | Hatchback |
| Bentuk | 5 pintu |
| Muatan enjin | 1.2 liter |
| Sistem gear | Manual & semi-automatik (AMT) |