Produce 48

Produce 48
GenreRealiti
PenciptaKim Young-bum untuk Mnet
PengarahAhn Joon-young
PengacaraLee Seung-gi
Lagu pembukaan"Nekkoya (Pick Me)" oleh Peserta Produce 48
Negara asal Korea Selatan
BahasaKorea
Jepun
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kim Han-soo
  • Kim Young-bum
Tempoh siaran140–160 minit
240 minit (akhir)
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
CJ E&M
Penyiaran
Saluran asalMnet
Siaran asal15 Jun 2018 (2018-06-15) – 31 Ogos 2018 (2018-08-31)
Kronologi
MengikutiProduce 101 Musim 2
Diikuti olehProduce X 101
Pautan luar
Laman sesawang

Produce 48 (Korea프로듀스 48) ialah sebuah rancangan televisyen yang mencari bakat untuk menerbitkan sebuah kumpulan wanita pada tahun 2018 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet. Ini adalah musim ketiga francais Produce 101. Ia merupakan sebuah projek berskala-besar di mana orang awam "menerbitkan" sebuah kumpulan wanita dengan mengundi ahli daripada sekumpulan 96 peserta dari negara Korea Selatan dan Jepun. Mereka juga turut mengundi untuk konsep kumpulan, lagu debut dan nama kumpulan. Rancangan televisyen ini merupakan sebuah kerjasama diantara siri Mnet, Produce 101 dan kumpulan idola J-pop, AKB48. 12 peserta yang menang seperti yang diundi oleh penonton Korea Selatan akan mempromosi sebagai sebuah kumpulan selama dua tahun enam bulan. Acara ini mengumumkan 12 orang ahli terakhir yang berjaya, serta nama rasmi kumpulan Iz*One telah diumumkan semasa episod akhir pada 31 Ogos 2018.

Diterbitkan oleh AKATV (syarikat yang juga menerbitkan musim kedua Produce 101) untuk Mnet, rancangan ini mula disiarkan pada 15 Jun 2018 dan berakhir pada 31 Ogos 2018 sebanyak 12 episod. Ia diarahkan oleh Ahn Joon-young yang juga mengarah dua musim pertama Produce 101.