Produce X 101

Produce X 101
GenreRancangan Realiti/Survival
PengarahAhn Jun-young
PengacaraLee Dong-wook
Lagu pembukaan"X1-MA" oleh Peserta Produce X 101
Negara asal Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kim Young-bum
Tempoh siaran145–160 minit
265 minit (akhir)
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
CJ E&M
Penyiaran
Saluran asalMnet
Siaran asal3 Mei 2019 (2019-05-03) – 19 Julai 2019 (2019-07-19)
Kronologi
MengikutiProduce 48
Pautan luar
Laman sesawang

Produce X 101 (Korea프로듀스 X 101) ialah sebuah rancangan televisyen yang mencari bakat untuk menerbitkan sebuah kumpulan lelaki pada tahun 2019 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet. Ini adalah musim keempat francais Produce 101. Orang awam, yang dirujuk sebagai "national producers", "produces" kumpulan lelaki dengan memilih 11 orang ahli dalam kalangan 101 pelatih daripada 47 syarikat hiburan dan pelatih bebas yang berbeza melalui pengundian dalam talian dan undian secara langsung dengan beberapa pusingan penyingkiran. Mereka juga turut mengundi untuk konsep kumpulan, lagu debut dan nama kumpulan. Rancangan ini disiarkan pada 3 Mei 2019 hingga 19 Julai 2019. Kumpulan dari rancangan ini dinamakan X1 tetapi setelah manipulasi pengundian yang luas terbukti, kumpulan ini telah dibubarkan pada 6 Januari 2020.