Produce 101 Musim 2

Produce 101 Musim 2
GenreRealiti
PengarahAhn Jun-young
PengacaraBoA,
Leeteuk (Penilaian kedudukan)
Lagu pembukaan"It's Me (Pick Me)" oleh Peserta Produce 101
Negara asal Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan musim2
Bilangan episod11
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kim Young-bum
Tempoh siaran120–160 minit
220 minit (akhir)
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
CJ E&M
Penyiaran
Saluran asalMnet
Siaran asal7 April 2017 (2017-04-07) – 16 Jun 2017 (2017-06-16)
Kronologi
MengikutiProduce 101
Diikuti olehProduce 48
Pautan luar
Laman sesawang

Produce 101 Season 2 (Korea프로듀스 101 시즌 2) ialah sebuah rancangan realiti kumpulan lelaki Korea Selatan tahun 2017 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet. Ini adalah musim kedua francais Produce 101. Orang awam (yang disebut sebagai 'produser nasional') "menghasilkan" kumpulan lelaki dengan memilih secara dalam talian 11 ahli dari 101 pelatih yang berasal dari 54 buah syarikat hiburan berbeza melalui pengundian dalam talian dan pengundian langsung dengan pelbagai pusingan penyingkiran. Mereka juga turut mengundi untuk konsep kumpulan, lagu debut dan nama kumpulan. Pada 16 Jun 2017, episod akhir disiarkan secara langsung, mengumumkan 11 orang ahli terakhir yang akan melakukan debut serta nama kumpulan rasmi Wanna One. Lebih daripada 16 juta orang memberikan undian semasa episod akhir, bersamaan dengan sekitar 30% penduduk Korea Selatan.