Prince
Prince | |
|---|---|
Prince mengadakan persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival pada 2008 | |
| Kelahiran | Prince Rogers Nelson 7 Jun 1958 |
| Meninggal dunia | 21 April 2016 (umur 57) Chanhassen, Minnesota, Amerika Syarikat |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Nama lain | sebagai penghibur:
|
| Pekerjaan | |
| Tahun aktif | 1976 – 2016 |
| Pasangan | Mayte Garcia (k. 1996; c. 1999) Manuela Testolini (k. 2001; c. 2006) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Gitar, acoustic bass guitar (en) , Alat perkusi, Linn LM-1 (mul) , piano, suara, papan nada, gitar bes dan drum machine (en) |
| Diskografi | Lihat: Prince discography (en) |
| Syarikat rakaman | |
| Kegiatan berkaitan |
|
Prince Rogers Nelson (7 Jun 1958 - 21 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Prince ialah seorang penyanyi dan penulis lagu, instrumentalis, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang inovator muzik dan dikenali untuk hasil karya eklektik beliau malah , dan pelbagai vokal luas. muziknya menerapkan pelbagai gaya, termasuk funk, rock, R&B, gelombang baru, soul, psikedelia, dan pop. Malah, beliau sering menonjol diri berpenampilan sangat ranggi dengan pakaian mewah dan solekannya.
Beliau telah menjual lebih 150 juta rekod di seluruh dunia, menjadikan beliau salah seorang artis yang paling laris sepanjang masa. Beliau memenangi tujuh Anugerah Grammy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk filem Purple Rain. Beliau telah dimasukkan ke dalam Rock dan Roll Hall of Fame pada tahun 2004, tahun pertama kelayakan. Majalah Rolling Stone menyenaraikan kedudukan Prince di nombor 27 dalam senarai 100 "artis yang paling berpengaruh zaman rock & roll". Kerjaya seninya turut banyak mempengaruhi sebilangan artis muda termasuk Alicia Keys, Usher, Janelle Monáe, The Weeknd, Lady Gaga, Lenny Kravitz, Andre 3000, Frank Ocean serta Ween.